- Pagi yang ceria - Selamat pagi Semua .



Assalamualaikum semua. Pagi yang ceria. Di kawasan Batang Benar gambar ni diambil. 

Kambing kuat makan pellet



Lepas ragut rumput sampai ke petang aktiviti kambin perut boyak ni makan pellet pulak.. ini makanan bantuan sementara menjelang siang esok hari nye pulak

Baka Senan Jantan 



Sup ayam panggang & kentang lobak dalam Magic pan dan Gulai ikan sembilang salai


Hari ahad dengan magic pan panggang ayam. Ayah saya lagi 5 hari balik dari umrah . Tinggal di rumah dengan mak je . Jadi hari ni kita magic pan ayam panggang.


Dah 15 minit masak keluar air pulak ayam magic pan ni. Dah nak jadi sup ayam panggang magic pan pulak ke..? kuah dia sedap jugak. Nak saye taruk rempah sup, mak saya tak beri. Jadi kite biar dia masak sampai kering air.. HEHEHE... 


Ikan keli salai nak digulai campur belimbing buloh.


Ini rupa nya bila siap masak dalam magic pan. Heehehe sup ayam panggang magic pan.


Lemang jagung, lemang Gong xi fa chai.

Hari cuti perayaan dan lemang jagung, resipi akak saye. Lemang biasa pon buat juga. Selain lemang , rendang daging tok pon ade .





Induk paling tua lahirkan anak sampai 3 ekor

           Assalamualaikum .. selamat petang semua. Hari ni lahir lagi 3 ekor anak kambing kampung real pulak. Tapi anak ketiga nya mati sebab kelemasan dalam selaput.

Baby kambing masih lemah selepas kelahiran. 

          Cuma 2 ekor berjaya dilahir kan dengan selamat. Induk kambing yang ini adalah induk kambing yang paling tua . Saya gelarkan dia nenek kambing. Hehe . Umur nenek coklat ni jika tak silap saya sudah menjangkau 6 tahun.

Ceria pagi dengan si putih Domba dan Saanen

         Assalamualaikum, Selamat pagi semua . Hari ni baby baby putih ceria riang melompat lompat. Cuma baby coklat je masih tidur.

Pagi pagi gini semua kambing dan biri biri masih belum boleh makan. Rumput atau daun, masih berembun .







Selalu nya kambing mula meragut bebas selepas rumput kering dan cuaca baik.


 

Kandang overload :D bapak kambing tido bawah

Posted by Iss Iskandar on Sunday, January 15, 2017
Ini baka kambing kampung kacukan . Badan besar sikit dari biasa.

Baby kambing lahir lagi . Yey .. Alhamdulillah


Disini disertakan 4 gambar baby kambing yang lahir pada musim ni.

Baby baru lahir tengahari ni. 
Baby kambing kampung kacukan saanen. 

Baby biri biri yang lahir pagi tadi
Biri biri domba.

Yamg pertama baby lahir.
 kacukan kampung dan saanen

Baby saanen lahir kemarin.
Ini baru lepas taruk ubat sebab 
Perut dia cedera , 
Kambing betina lain tandung lambung dia

Pagi ni jadi bidan kambing ade dua staf nurse ni teman :D





Dua staf nurse ni nama dia yoda dengan sakura .. orang suruh tolong membidan dia main kejar kejar :D

Biri biri domba lahir kan baby .. yey \oo/




Baby biri biri domba baru lahir pukul 5.30 pagi. Saya jadi bidan. :D . Baby Biri biri yang lahir ni nampak panjang dan besar. Tapi induk nye tak da susu.. kecik je kantung susu nye .. kantung susu kambing kampung besar sikit ..